Monday, March 22, 2010

Projek 1 - Sulam Reben Kusyen Kereta 12" x 12"

Hai semua...

mata tak dapat nak lelap...so ambik peluang masa ni untuk tulis skit kat blog. Hari ni, mon nak kongsi satu projek sulam reben yang mon dapat siapkan ari ni..tak sangka satu hari dah dapat siapkan...tapi biasalah..orang baru..keje x berapa kemas lagik....





amik gambo pakai phone..biasalah..so gambo x berapa clear...sori!
second projek plak, cadang nak buat tempat tissue cover plak...dengan menggunakan paten bunga yang sama....

Sunday, March 21, 2010

Reka Signature untuk blog

Salam semua,

Hari ni, mon nak kongsi tentang satu website yang boleh mereka tandatangan kita untuk attach pada setiap n3 yang kita post.

mon dapat ni pun melalui blog kawan mon..kuazue. TQ azu.

so sapa2 yang nak cuba, boleh la pi website ni...

http://www.mylivesignature.com/

selamat mencuba.

Saturday, March 20, 2010

Bosan Tahap Melampau!!!!

Adehhhh..kenapalah ngan mon ni yek. bosan betul cuti sekolah duk rumah tak buat apa2..
Mon banyak abiskan masa main game jek..ahahahaha

sebenarnya banyak benda nak buat. dalam kepala dah ada projek sulaman reben nak buat..semalam dah siap beberapa lakaran bunga yang mon cadang nak adaptasikan di atas kain nanti... tapi..entahla..bila pegang kain jek..terus takde mood...arrgghhhh!!!! tension tul lah!

so ari ni..tinggal lagik 2 ari sebelum sekolah bukak semula...tapi mon punya malas n takde mood...dah sampai tahap melampau2....ishkkk!!!!!

adeehhh..teruk betullah.....

Wednesday, March 17, 2010

Hitam hangus kulitku!!

Hello semua,

Lama tak post n3. Mon baru balik dari bawak budak main hockey for state level... panas betul cuaca kat stadium MBI, Ipoh. Bukan pemain jek hangus, dengan cikgu2 pun hangus.... masa kat sana tak perasan pulak,kulit dah jadik gelap..tapi bila balik rumah..belek2 muka kat cermin, Allah...berbelang2 muka... hai..nasibla muka.... berkorban demi anak2 bangsa.

So far pencapaian anak buah bolehlah dikira ok...walhal diaorg boleh buat lebih baik lagik...tapi sebab terlalu takut punya pasal n confident level zero...so berakhirlah perjuangan mereka pada pusingan 2 (boleh kata suku akhirla..)so korang pun boleh agak kedudukan dia org dalam game tu..maybe 5th place or 6th place....

Erm..nak buat camana. dah tu yang mereka mampu buat. Mon pegi pun sekadar guru pengiring jek...tak boleh nak cakap apa2...

nasib baikla sekarang ni cuti sekolah.....so boleh rehatkan balik muka ku yang hangus ni di rumah...waduh! waduh!

Friday, March 12, 2010

Sulam Manik Teratai + Beri + Sulam Benang

Salam semua,

Kali ni, mon nak kongsi hasil sulaman manik yang berjaya disiapkan dalam masa seminggu sahaja. Baju ni adalah milik Kak Zainun,isteri Ketua Polis Daerah di tempat mon...but actually dia satu tempat kejengn mon..mengajo di sekolah.

Untuk kalo ni, mon menggunakan teknik sulaman teratai digabungkan dengan sulaman untuk buah beri dan tak lupa sulaman benag pada daun dengan menggunakan benang sulam yang mempunyai ton warna.

Pagi tadi serah pada tuan baju, alhamdulillah...Kak Nun suka.
So ..sila jamu mata yek...


Thursday, March 11, 2010

Ins.P.ra.C.FalisHa give away


Salam,

hah! ni percubaan yang kedua join give away. alamak..nampak macam mon dah mabuk join give away la plak... ahahahaha

Kali ni mon try dari blog Ins.P.ra.C.FalisHa. Ada 7 lucky winner. n tarikh tutup ialah pada 31 mac nanti...

so..cam biasalah..wish luck to me....

Tuesday, March 9, 2010

Nak try first give away...

Salam untuk semua...

Takde apa nak kongsi sangat ari ni... cuma, saja la baru kejap tadi..konon2 nak surf carik contoh2 patern jahitan manik. tiba2, ada satu blog sapa tah....terjumpa lak link ke give away ni... so mon pun bukak lah tuan punya blog ni...wahhh! cam menarik jek program give away-give away nih...

Actually mon tak pernah pun try bende ni... tapi ari ni n kali nih..macam ada satu kuasa magnet menarik2 hati mon untuk menyertai bende macam ni... bukan tak pernah tengok give away yang dibuat oleh orang lain... but entahlah..hati mon belum terbukak plak nak menyertai...cewahhhh!!!

So untung sabut timbul..untung batu tenggelam...manala tau nasib mon ada untuk kali pertama ni...eheheehe

Jadik, pada sesiapa yang rasa nak join give away ni, bolehlah klik pic kat bawah ni...n ikutlah bagaimana cara untuk join program ni...



Terima kasih pada tuan punya blog iaitu "Sweet Craft 4 U" yang menganjurkan give away ni...

Sunday, March 7, 2010

Manik Camellia + Sulam Benang

Finally siap jugak baju Kak Ida yang mon simpan hampir2 bulan lebih ni.... ehehehe..sorilah Kak Ida. Nasib baik tuan punya baju tak kisah n tak marah....

So untuk jahitan manik pada kali ini, mon menggunakan teknik jahitan bunga camellia digabungkan dengan sulam benang untuk sulurnya.