Sunday, May 16, 2010

Present for the teachers finally done

Aduuhh..lama tak menulis dlam blog... sibuk dengan macam projek mon ni..
program sekolah, program sendiri...sudah2 sampai jek rumah..lepak..penat...zzzzz..malas layan blog....ahahahahaha..terukkkssssss betull.

Hari ni hari guru..so alhamdulillah, akhirnya siap jugak semua hadiah yang mon buat untuk guru anak2 mon. semoga semua cikgu tu..suka terima hadiah yang tak seberapa berbanding dengan apa yang cikgu2 korbankan untuk mendidik anak2 mon. Mon nak ucapkan terima kasih pada semua cikgu...







Selamat Hari Guru

Sunday, April 25, 2010

Projek RE For Teacher's Day

Salam semua, dah lama tak menulis kat blog. sorilah..takde kesempatan..terlalu banyak aktiviti....

Latest news, sekarang ni sibuk buat projek re for teacher's day nanti. Nak bagi kat cikgu cikgi akmal n anis. rasa2 semuanya...dalam 10 - 12 buah door hanging yang kena buat. so far dah sulam 4. kerja2 akhirnya masih belum buat...cdang nak siap sulam semua dulu barulah buat kerja2 finishing....

so these are some of my RE works...












Sunday, April 4, 2010

I'm the winner... yeaaaa

Hi, all.

Hari ni tiba2 teringat plak kat salah satu giveaway yang mon join. Percubaan pertama tak berjaya..i'm not lucky...for "aweetcraft for u" blog. then, tadi, cek plak kat "ispirasifalisha blog"..waaahhhh tak sangka plak i'm one of the 7 lucky winners...bestnya. rezeki betul..syukran2. ehehehehe

yeeeaaaa...i'm a winner... tak sabar nak tunggu present dari owner nya... tq tq

Monday, March 22, 2010

Projek 1 - Sulam Reben Kusyen Kereta 12" x 12"

Hai semua...

mata tak dapat nak lelap...so ambik peluang masa ni untuk tulis skit kat blog. Hari ni, mon nak kongsi satu projek sulam reben yang mon dapat siapkan ari ni..tak sangka satu hari dah dapat siapkan...tapi biasalah..orang baru..keje x berapa kemas lagik....





amik gambo pakai phone..biasalah..so gambo x berapa clear...sori!
second projek plak, cadang nak buat tempat tissue cover plak...dengan menggunakan paten bunga yang sama....

Sunday, March 21, 2010

Reka Signature untuk blog

Salam semua,

Hari ni, mon nak kongsi tentang satu website yang boleh mereka tandatangan kita untuk attach pada setiap n3 yang kita post.

mon dapat ni pun melalui blog kawan mon..kuazue. TQ azu.

so sapa2 yang nak cuba, boleh la pi website ni...

http://www.mylivesignature.com/

selamat mencuba.

Saturday, March 20, 2010

Bosan Tahap Melampau!!!!

Adehhhh..kenapalah ngan mon ni yek. bosan betul cuti sekolah duk rumah tak buat apa2..
Mon banyak abiskan masa main game jek..ahahahaha

sebenarnya banyak benda nak buat. dalam kepala dah ada projek sulaman reben nak buat..semalam dah siap beberapa lakaran bunga yang mon cadang nak adaptasikan di atas kain nanti... tapi..entahla..bila pegang kain jek..terus takde mood...arrgghhhh!!!! tension tul lah!

so ari ni..tinggal lagik 2 ari sebelum sekolah bukak semula...tapi mon punya malas n takde mood...dah sampai tahap melampau2....ishkkk!!!!!

adeehhh..teruk betullah.....

Wednesday, March 17, 2010

Hitam hangus kulitku!!

Hello semua,

Lama tak post n3. Mon baru balik dari bawak budak main hockey for state level... panas betul cuaca kat stadium MBI, Ipoh. Bukan pemain jek hangus, dengan cikgu2 pun hangus.... masa kat sana tak perasan pulak,kulit dah jadik gelap..tapi bila balik rumah..belek2 muka kat cermin, Allah...berbelang2 muka... hai..nasibla muka.... berkorban demi anak2 bangsa.

So far pencapaian anak buah bolehlah dikira ok...walhal diaorg boleh buat lebih baik lagik...tapi sebab terlalu takut punya pasal n confident level zero...so berakhirlah perjuangan mereka pada pusingan 2 (boleh kata suku akhirla..)so korang pun boleh agak kedudukan dia org dalam game tu..maybe 5th place or 6th place....

Erm..nak buat camana. dah tu yang mereka mampu buat. Mon pegi pun sekadar guru pengiring jek...tak boleh nak cakap apa2...

nasib baikla sekarang ni cuti sekolah.....so boleh rehatkan balik muka ku yang hangus ni di rumah...waduh! waduh!

Friday, March 12, 2010

Sulam Manik Teratai + Beri + Sulam Benang

Salam semua,

Kali ni, mon nak kongsi hasil sulaman manik yang berjaya disiapkan dalam masa seminggu sahaja. Baju ni adalah milik Kak Zainun,isteri Ketua Polis Daerah di tempat mon...but actually dia satu tempat kejengn mon..mengajo di sekolah.

Untuk kalo ni, mon menggunakan teknik sulaman teratai digabungkan dengan sulaman untuk buah beri dan tak lupa sulaman benag pada daun dengan menggunakan benang sulam yang mempunyai ton warna.

Pagi tadi serah pada tuan baju, alhamdulillah...Kak Nun suka.
So ..sila jamu mata yek...


Thursday, March 11, 2010

Ins.P.ra.C.FalisHa give away


Salam,

hah! ni percubaan yang kedua join give away. alamak..nampak macam mon dah mabuk join give away la plak... ahahahaha

Kali ni mon try dari blog Ins.P.ra.C.FalisHa. Ada 7 lucky winner. n tarikh tutup ialah pada 31 mac nanti...

so..cam biasalah..wish luck to me....

Tuesday, March 9, 2010

Nak try first give away...

Salam untuk semua...

Takde apa nak kongsi sangat ari ni... cuma, saja la baru kejap tadi..konon2 nak surf carik contoh2 patern jahitan manik. tiba2, ada satu blog sapa tah....terjumpa lak link ke give away ni... so mon pun bukak lah tuan punya blog ni...wahhh! cam menarik jek program give away-give away nih...

Actually mon tak pernah pun try bende ni... tapi ari ni n kali nih..macam ada satu kuasa magnet menarik2 hati mon untuk menyertai bende macam ni... bukan tak pernah tengok give away yang dibuat oleh orang lain... but entahlah..hati mon belum terbukak plak nak menyertai...cewahhhh!!!

So untung sabut timbul..untung batu tenggelam...manala tau nasib mon ada untuk kali pertama ni...eheheehe

Jadik, pada sesiapa yang rasa nak join give away ni, bolehlah klik pic kat bawah ni...n ikutlah bagaimana cara untuk join program ni...



Terima kasih pada tuan punya blog iaitu "Sweet Craft 4 U" yang menganjurkan give away ni...

Sunday, March 7, 2010

Manik Camellia + Sulam Benang

Finally siap jugak baju Kak Ida yang mon simpan hampir2 bulan lebih ni.... ehehehe..sorilah Kak Ida. Nasib baik tuan punya baju tak kisah n tak marah....

So untuk jahitan manik pada kali ini, mon menggunakan teknik jahitan bunga camellia digabungkan dengan sulam benang untuk sulurnya.



Tuesday, February 9, 2010

My Family

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Monday, February 1, 2010

Jahit Manik Teratai + Sulam Benang

Hari ni mon usaha jugak untuk siapkan baju Kak Idah. Lama betul simpan baju dia..rasa2 dan sebulan dah....ya ammmpuunn..tuan baju....belum ada kelapangan nak jahit manik sebelum ni... so cuti weekend ni, mon cuba jugak untuk siapkan..dapat sepasang pun jadiklah... lagi sepasang tu..nanti2 la...tunggu limpahan idea, kehadiran mood jahit, tiada kekangan masa, tiada bebanan keletihan balik kerja... dan macam2 lagik seribu alasan yang mon reka....ahahaha..padanai2 jek mon ni... tapi betul apa..alasan tu tadi..semuanya benar belaka....

So, entry kali ni... mon upload gambo lengan bju Kak Idah yang sudah siap dijahit. Harap2 nanti, Kak idah suka yek....





Ceritera basiku...

Salam semua...

cerita yang mon nak sampaikan kali ni sebenarnya cerita dah basi dah... tapi disebabkan cerita ni baru jek update kat blog Pn. Ann beberapa hari yang lepas, so boleh la mon ulang tayang ceritanya....bukan apa, nak tunggu gambo diuploadkan dulu... ehehehehe


Akhirnya, ada jugak kenangan mon attend kelas Pn. Ann. Bukan senang tau... Masa kat kelas ari tu, memang cadang nak ambik gambo ngn Pn. Ann, tapi handphone plak abis bateri...malang betul. Tapi nasib baiklah Pn. Ann ada amik beberapa keping gambo ngn kami...toce toce...

Yang ni plak, hasil kerja tangan mon masa dalam kelas. Thank you Pn. Ann tolong amik kan gambo ni....



So, kalo sesapa nak tau cerita lanjut berkenaan dengan kehadiran mon ke kelas tu, boleh la tengok di blog Pn. Ann.

Monday, January 25, 2010

Pn. Ann masuk KOSMO!

Cayalah.... Pn. Ann masuk KOSMO. ehehehe...tumpang bangga sebab sifu ku masuk paper.
Walaubagaimanapun, infonya banyak tak tepat. Banyak kesilapan maklumat.

Anyway nak wish tahniah kat Pn. Ann dan WMC. Bravo..bravo...

Kalo sesapa nak baca artikel tentang Pn. Ann, boleh tengok kat sini.

Sunday, January 24, 2010

Jahit..jahit..jahit

Ari ni cuba nak siapkan menjahit manik kat baju kawan. dah lama dah dia antar, tapi masih tak berkesempatan nak jahit. Rasanya dah sebulan kot. Bukan tak nak buat, tapi tak de masa nak buat, maklumla awal tahun, banyak keje kat sekolah kene setel dulu... bila ada masa, mon plak takde mood nak jahit. Idea pun tak datang. Ap lagik, terperap la baju tu kat dalam beg.... So rasa ari ni, nak try buat manik teratai. Ari tu dah beli ram 6", senang skit nak jahit manik. Kainnya pun lembut sangat..susah kalo takde ram. Arap2 ari ni dapatlah siapkan sepasang dulu...
Oklah, nak sambung keje.....

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat

Dipetik dari Berita Harian Online


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Thursday, January 21, 2010

Paper Craft : Flower

Ok..yang ni plak..terang2 copy dari Pn. Ann punya paper bag yang dia buat....
tapi mungkin tak secantik yang Pn. Ann buat...

Paper Craft : Lady bug

Selain buat paper doll, mon jugak saja try2 buat insect.... kalo butterfly tu rasanya dah biasa kot. So kali ni mon try buat lady bug. Hasilnya...tengokla sendiri...

Paper Craft : Kimono Doll

Hai..

Hari ni just nak tayang tentang perempuan jepun yang pakai kimono...
actually, jumpa bende ni secara tak sengaja..sibuk surf kat internet nak carik paper craft...so terjumpa ada site sapa tah buat paper craft pempuan jepun berkimono ni...
mon pun try la nak buat..
eh.. eh! jadik plak... n kebetulan, tengah sibuk nak nyiapkan buku rekod mengajar... so saja la mon tempek pempuan jepun ni kat poket buku rekod ngajar ...tiba2, anak dara mon plak nampak..dia pun sibuk suh buat dia punya...
yela..kalo pompuan tu pompuan jugak...ehehehehe

Sunday, January 17, 2010

Finally I found her...

Yesss!!! finally..dapat jugak mon berjumpa dengan sifu sulam riben ni..Pn.Ann.
Sronok menghabiskan masa sepanjang sabtu semalam menghadiri kelas sulam riben asas. Banyak ilmu yang mon dapat dari Pn. Ann. Dia memang tak kedekut ilmu...

Pagi bila sampai ke kedainya...mon melangkah masuk jek..adeehhhh cantiknya mata memandang...apa yang di tayangkan..semuanya menyejukkan mata....kreatif betul Pn. Ann. Macam2 dia buat...

Dan yang paling membanggakan, mon dapat menyiapkan semua yang diajar dalam kelas tu... Banyak teknik yang Pn. Ann ajar...best betul lah. Mon tak sabar nak attend untuk kelas pertengahan plak.

Dan part yang paling mengasyikkan sekali, bila balik jek dari kelas, sampai jek di rumah pada malam tu, lebih kurang 11.45 mlm..terus mon sambung kerja menyulam yang terbengkalai skit. Langsung tak rasa penat...bila dah siap...sedar2 jam dah pukul 4 pagi...baru la mon ternguap2 ngantuk...

So ni la hasil kerja tangan mon yang baru berguru dengan gurunya....TQ Pn. Ann.



Yang ni plak, setelah siap dijahit menjadi kusyen saiz 16 x 16

Tuesday, January 12, 2010

I'm Sick! Argghhhhhh


4th day..rasa tak sihat....adehh!!!

mula2 ari sabtu dah kene selsema..pastu batuk2...terus sampai ari ni..adeh2!
sori..tak larat nak tulis lebih2....nak titun jek....zzzzzzzzzz

Saturday, January 9, 2010

Kursus asas sulam reben

Sabtu, 16/01/2010...kali pertama mon akan pergi ke kursus asas sulam reben yang dianjurkan oleh sifu sulam reben kat Malaysia ni..iaitu Pn.Ann.
Tak sabar rasanya nak belajar depan2 cikgu nya...bukan apa selama ni mon belajar hanya melalui buku dia saja....
Harapan mon, lepas blajar yang asas ni..dapatlah mon menghasilkan macam2 bende berasaskan sulam reben... pastu kalo ada kelas pertengahan...mon akan daftar nak pergi sambung blajar lagik.

uhuhukk..just tinggal 1 week jek lagik....(mengira hari jek mon skg nih!)

ni yang asas mon akan blajar...


tempatnya plak kat sini...

Selamat Tahun Baru

Hai semua..lama tul x update blog...sampai tak sempat nak wish new year.
dah bukak sekolah ni, lagik la tak menang tangan dibuatnya...
so ari ni baru berkesempatan nak ucapkan pada semua..selamat menempuh tahun 2010. semoga tahun ni menjadi lebih baik untuk kita semua...



Azam u all apa? (soklan biasa bila menjelang tahun baru...)u all kalo tanya mon... jawapannya...tahun ni mon nak ambik sebanyak mana peluang yang ada untuk tambah ilmu di dada...