Monday, January 25, 2010

Pn. Ann masuk KOSMO!

Cayalah.... Pn. Ann masuk KOSMO. ehehehe...tumpang bangga sebab sifu ku masuk paper.
Walaubagaimanapun, infonya banyak tak tepat. Banyak kesilapan maklumat.

Anyway nak wish tahniah kat Pn. Ann dan WMC. Bravo..bravo...

Kalo sesapa nak baca artikel tentang Pn. Ann, boleh tengok kat sini.

Sunday, January 24, 2010

Jahit..jahit..jahit

Ari ni cuba nak siapkan menjahit manik kat baju kawan. dah lama dah dia antar, tapi masih tak berkesempatan nak jahit. Rasanya dah sebulan kot. Bukan tak nak buat, tapi tak de masa nak buat, maklumla awal tahun, banyak keje kat sekolah kene setel dulu... bila ada masa, mon plak takde mood nak jahit. Idea pun tak datang. Ap lagik, terperap la baju tu kat dalam beg.... So rasa ari ni, nak try buat manik teratai. Ari tu dah beli ram 6", senang skit nak jahit manik. Kainnya pun lembut sangat..susah kalo takde ram. Arap2 ari ni dapatlah siapkan sepasang dulu...
Oklah, nak sambung keje.....

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat

Dipetik dari Berita Harian Online


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Thursday, January 21, 2010

Paper Craft : Flower

Ok..yang ni plak..terang2 copy dari Pn. Ann punya paper bag yang dia buat....
tapi mungkin tak secantik yang Pn. Ann buat...

Paper Craft : Lady bug

Selain buat paper doll, mon jugak saja try2 buat insect.... kalo butterfly tu rasanya dah biasa kot. So kali ni mon try buat lady bug. Hasilnya...tengokla sendiri...

Paper Craft : Kimono Doll

Hai..

Hari ni just nak tayang tentang perempuan jepun yang pakai kimono...
actually, jumpa bende ni secara tak sengaja..sibuk surf kat internet nak carik paper craft...so terjumpa ada site sapa tah buat paper craft pempuan jepun berkimono ni...
mon pun try la nak buat..
eh.. eh! jadik plak... n kebetulan, tengah sibuk nak nyiapkan buku rekod mengajar... so saja la mon tempek pempuan jepun ni kat poket buku rekod ngajar ...tiba2, anak dara mon plak nampak..dia pun sibuk suh buat dia punya...
yela..kalo pompuan tu pompuan jugak...ehehehehe

Sunday, January 17, 2010

Finally I found her...

Yesss!!! finally..dapat jugak mon berjumpa dengan sifu sulam riben ni..Pn.Ann.
Sronok menghabiskan masa sepanjang sabtu semalam menghadiri kelas sulam riben asas. Banyak ilmu yang mon dapat dari Pn. Ann. Dia memang tak kedekut ilmu...

Pagi bila sampai ke kedainya...mon melangkah masuk jek..adeehhhh cantiknya mata memandang...apa yang di tayangkan..semuanya menyejukkan mata....kreatif betul Pn. Ann. Macam2 dia buat...

Dan yang paling membanggakan, mon dapat menyiapkan semua yang diajar dalam kelas tu... Banyak teknik yang Pn. Ann ajar...best betul lah. Mon tak sabar nak attend untuk kelas pertengahan plak.

Dan part yang paling mengasyikkan sekali, bila balik jek dari kelas, sampai jek di rumah pada malam tu, lebih kurang 11.45 mlm..terus mon sambung kerja menyulam yang terbengkalai skit. Langsung tak rasa penat...bila dah siap...sedar2 jam dah pukul 4 pagi...baru la mon ternguap2 ngantuk...

So ni la hasil kerja tangan mon yang baru berguru dengan gurunya....TQ Pn. Ann.



Yang ni plak, setelah siap dijahit menjadi kusyen saiz 16 x 16

Tuesday, January 12, 2010

I'm Sick! Argghhhhhh


4th day..rasa tak sihat....adehh!!!

mula2 ari sabtu dah kene selsema..pastu batuk2...terus sampai ari ni..adeh2!
sori..tak larat nak tulis lebih2....nak titun jek....zzzzzzzzzz

Saturday, January 9, 2010

Kursus asas sulam reben

Sabtu, 16/01/2010...kali pertama mon akan pergi ke kursus asas sulam reben yang dianjurkan oleh sifu sulam reben kat Malaysia ni..iaitu Pn.Ann.
Tak sabar rasanya nak belajar depan2 cikgu nya...bukan apa selama ni mon belajar hanya melalui buku dia saja....
Harapan mon, lepas blajar yang asas ni..dapatlah mon menghasilkan macam2 bende berasaskan sulam reben... pastu kalo ada kelas pertengahan...mon akan daftar nak pergi sambung blajar lagik.

uhuhukk..just tinggal 1 week jek lagik....(mengira hari jek mon skg nih!)

ni yang asas mon akan blajar...


tempatnya plak kat sini...

Selamat Tahun Baru

Hai semua..lama tul x update blog...sampai tak sempat nak wish new year.
dah bukak sekolah ni, lagik la tak menang tangan dibuatnya...
so ari ni baru berkesempatan nak ucapkan pada semua..selamat menempuh tahun 2010. semoga tahun ni menjadi lebih baik untuk kita semua...



Azam u all apa? (soklan biasa bila menjelang tahun baru...)u all kalo tanya mon... jawapannya...tahun ni mon nak ambik sebanyak mana peluang yang ada untuk tambah ilmu di dada...