Sunday, December 27, 2009

Banyaknya baju nak jahit...

Salam semua...

Ari ni...masih dalam suasana setangah rajin setengah malas...kata orang.."rajin suam2 kuku"...ehehehe.. ada ke?

Tengok kat bilik jahit tu, masyaAllah..kalah bandar Acheh yang dilanda tsunami. Almaklumlah..minggu lepas bertungkus lumus menyiapkan baju sekolah Anis. Finally siap jugak..walau pun banyak kali bukak jahit bukak jahit...

Tu baru jek baju Anis, belum baju kurung mon yang ada 7 pasang yang masih belum berjahit. Kena siapkan gak.... nanti bukak sekolah, bolehla mon pakai baju baru.. ehehehe...

Cakap pasal bukak sekolah, tinggal lagik lebih kurang seminggu jek... keje mon pasal Program Transisi Tahun 1, banyak dah setel, adala sikit2 lagik yang kena buat... tinggal pelaksanaannya saja nanti..mudah2an semuanya berjalan lancar.

Ari ni, ada jemputan kenduri kahwin kat rumah Ketua Polis Daerah Perak Tengah ni... Kalo xde aral, tengahari kang pegila mon n family ke sana...

okla...setakat ni dulu...Adios!

Saturday, December 26, 2009

Mery Christmas!


Alamak..lupa plak nak wish kat sapa2 yang celebrate raya ni....
sori la terlewat sehari......ehehehehe

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, December 17, 2009

Manik-manik Time

Ari ni dapat email dari RJ (Rosita Jaafar) @ FTIMDC ajak join beaders fc. So memandangkan dah join n sedang tunggu approval by her, mon pun nak upload skit2 kerja2 manik yang pernah mon buat....

Jahit manik ni just hobby jek...mon saja2 try kat baju sendirik...sebab nampak cantik sgt....

Mula2 dulu mon buat yang simple2 jek. xde kursus asas pun pasal jahit manik ni. Semua mon learn dari internet...n buku2 RJ. Setakat yang basic...boleh la mon buat....

Wednesday, December 16, 2009

Cuti pun ada keje...

Ari ni, dalam kul 11 pagi..dapat call dari sekolah. PK HEM call nak bincang pasal program transisi Tahun 1. SO nak tak nak, mon kena pi sekolah jugak nak diskas pasal bende tuh...

Sampai sekolah..banyak bende jugak kena buat...Antaranya :-
1) Senarai nama murid Tahun 1 2010
2) Pamplet Program Transisi dan Taklimat Ibu Bapa
3) Pengisian untuk taklimat ibu bapa
4) Pengisian untuk program transisi pulak
5) Rasanya kena buat jugak ujian penapisan Tahun 1..memudahkan urusan guru tahun 1 2010 nanti

Sambil2 tu, mon selit jugak sikit kerja LDP 2010..suh kerani masukkan tarikh LDP dalam takwim 2010 nanti.

Abis kerja dalam kul 1 lebih, terus balik...bawak anak2 pi mkn kat Restoren D'Mawie. Pastu singgah Petronas, kluar duit n shopping baju sekolah budak dua orang tu...Sebelum sampai rumah, simggah di kedai runcit depn rumah ni n beli barang2 keperluan rumah.

Sampai rumah, dalam kul 4 lebih...terus lepak depan pc....

okla..ujan dah turun n guruh dah berbunyi..baik stop. silap2 kang kena sambo kilat plak modem ni... oklah..chow.....

Tuesday, December 15, 2009

Gambar ku

magazine picture

Salam Disember

Wah wah wah! Lama betul tak menulis dalam blog. Terlalu sibuk dengan urusan di sekolah (maklumlah ujung tahun..macam2 bende kene setel kat sekolah), tambah2 plak cuti sekolah..terus balik kampung di Johor....takde masa nak ngadap internet.... cuti sakan tul tahun ni....

balik2 aje dari kampung terus sambung pi Cameron Highland... bercuti ngn kakak n mak ayah...

ni la baru duk rumah.... boleh la mon mengarut apa yang patut...ahahahaha

ujung2 tahun ni banyak bende jugak kene setel... barang2 anak nak sekolah next year..tak setel lagik... so far pakaian sekolah masih belum beli lagik....

ermm..tinggal lagik beberapa minggu jek....menjelang tahun 2010. dalam kepala ni..macam2 perancangan ada....kena nekad kali ni untuk ubah bajet family mon... nampaknya mon kena ambik dulu langkah pertama.... mudah2an dapat tercapai nanti....

Thursday, November 12, 2009

Tak sempat...

Salam,

Dah beberapa hari x update blog ni... Sibuk dengan urusan di sekolah, balik2 rumah jek dah penat....langsung tak tengok blog....

Janji nak upload 1 game, 1 hari, hanya tinggal janji...sorila! X sempat nak tengok pc. PC satu, nak pakai ramai...susah btol! Suami nak guna, anak2 nak main game, sendiri nak guna pun kena tunggu masa yang sesuai...idea nak merapu dalam blog ni pun bukannya datang terus camtu... kadang2 kosong dalam kepala.. x tau nak tulis apa....

Weekend lepas, abang dari Johor datang. Finally sampai jugak dia orang ke rumah buruk mon ni, setelah hampir 8 tahun mon duduk di sini. Actually dia ada keje kat Ipoh, datang sini singgah sekejap jek...bawak anak bini berjalan.... ada company sponsor boleh la....huhuhukkkk..BESTNYA!!!

Minggu ni, di sekolah banyak kerja kena buat... maklumlah minggu lepas sibuk berkursus. So semua kerja tertangguh, kena setel segera! Hari ni, dah serah kat budak kad pelaporan akhir tahun peperiksaan dia orang. Esok, releks skit, just nak train balik budak2 "action song" tu for the persembahan hari graduasi nanti...

Semalam beli 2 novel. Lupa plak tajuk dia.... Nanti mon bagitau la..malas nak bangun tengok tajuk apa... Oh, ya! Buku jahit manik yang mon order dari FTIMDC ujung bulan lepas, finally sampai jugak ari Selasa ari tu... lambat plak kali ni prosesnya.. dulu cepat jek...seronok betul tengok paten2 sulam manik dalam tu...argghhhh!!!!! boleh jadik gila dibuatnya....Cantik sangat2.... bila la dapat praktikkan kat baju sendirik.. Jawabnya tahun depan, mon kena beli banyak kain plain untuk buat baju la....maklumla, semunya nak dimanikkan....ahahahahaha

Okla... mon nak sambung baca novel. Pastu malam karang nak siapkan assignment orang...eheehehe..kerja part time nih..ambik upah buatkan assignment orang!
Daaaaaaaaa

Sunday, November 8, 2009

1 hari 1 games

Salam semua,

Pagi tadi, saja la mon gode-gode pc ni... konon2..nak main game...tapi bila tengok punyala banyak game..mon jadik tak reti nak pilih... tengok2 dalam list games..
mak aihh!!! tu diaaaa..punyalah banyak...

so mon rasa...mon pun nak share la ngn u all apa games yang mon ada. tak semua game yang mon upload, mon main... so kalo u all berminat, bolehlah download....

3 Days: Zoo Mystery



Ni ialah game carik2 barang. Kalo u all suka hidden object games, bolehla download sini...

Download
(file dalam bentuk zip)
password = 1960

Wednesday, November 4, 2009

Kusyen bunga 4 kelopak

Balik dari kursus petang tadi, mon sambung kembali menjahit kusyen.
Tak sempat nak upload gambar terbaru sampai mana buat tadi...

Takpelah..esok mon akan upload ok!

Tak sabar nak tunggu siap...pastu nak buat lagik satu. Dapat sepasang, bolehla bubuh dalam keta sebagai hiasan.....

Busy like bee buzzzz...

Hari ni letih gile....

Semalam lewst skit balik dari sekolah sebab kena kemas mengemas bengkel KH kat sekolah, maklumlah pada 4/11 ni ada pemantauan daripada bahagian kesihatan. So bertungkus lumusla mon membersihkan bengkel yang dah lama x masuk beberapa bulan ni... adeh!! lenguh betul kaki rasanya asyik berjalan berulang alik....kena plak pakai kasut tinggi....

Hari ni, ada kursus membina laman web. 3 hari sampai hari Khamis. Anyway, petang tadik PAR kat sekolah telefon bagitau hari Khamis tu jugak ada kursus profesional KH (simen fero sambungan fasa 2 ) kat PPD.
Ni duk tengah mencongak2 untuk hari Khamis nanti... kemana la nak pegi..ke laman web ke atau ke simen fero.... dua2 ada kesinambungan sebelumnya... adeh...delima betul!!! TULUNNNNNN!!!!!

Sunday, November 1, 2009

Projek RE Nov 09

Malam tadi mon belek2 balik buku RE yang ada. Puas mon tenung2 hasil kerja writer dia dalam tu.. so pikir2 punya pikir..bekenan nak buat kusyen..bolehla mon buh dalam keta... Lagik pun jahitan yang digunakan simple jek..straight sticth n ribbon sticth. bende simple tapi remeh..
ni contoh kusyennya..mon amik dari buku Ann Cox.


Progres mon sampai tadi...berjaya buat takat ni dulu...

Bahan nak buat RE

Untuk buat RE..tak banyak bende diperlukan. yang penting riben la...

so kat sini, mon tayang apa dia bahan2 yang diperlukan untuk jahit RE.

1. Jarum


Ada 2 jenis jarum iaitu Tapestry dan Chinelle. Jarum ni ada mcm2 size. Makin lebar riben, maka makin kecil nombornya. Standard pakai..saiz 20 - saiz 13.
Satu lagik jarum yang diperlukan ialah jarum untuk sulam benang...saiznya kalo tak silap..1-9.
Jarum riben ni lain..ujung matanya agak tumpul..x sama cam jarum benang n jarum
manik...
Kalo nak tau lebih lanjut pasal saiz jarum dan saiz riben yang sesuai boleh rujuk pada mana2 buku sulam riben yang ada di pasaran.

2. Riben
<

Riben ni plak ada macam2 jenis boleh pakai.. tapi yang biasa yang digunakan ialah silk ribbon sebab tekturnya yang lembut. Tapi yang biasa jual kat kedai2 craft tu, riben satin...ia agak keras skit. Boleh jugak guna organza ribbon, chiffon, polyester, dll.

Riben pun ada saiz2nya. Yang biasa...1/4", 1/2", 1", 1.5", 2", 2.5"

Daripada ilmu yang mon dapat masa attend kursus sulam riben dgn Pn. Ann,
* Untuk buat bunga carnation yang cantik, gabungkan riben organza dan satin.
* Dari segi brand, elakkan dari membeli brand "peacock" kerana warnanya mudah luntur. Digalakkan membeli brand "bunga riben" atau "offray"

3. Gunting


Gunakan gunting kecil yang tirus dan tajam dihujungnya.

4. Penebuk kain


Yang ni gunanya untuk tebuk lubang atas kain. Kalo kain agak tebal skit...bolehla gunakan penebuk ni untuk buat lubang supaya senang nak tarik riben...

5. Benang sulam


Yang ni guna untuk jahit ranting/daun. Benang sulam juga ada sai2nya. Lagi kecil nombor, lagi halus. Berdasarkan maklumat dari Pn. Ann, untuk buat bunga ros bullion, elok guna saiz 3. Untuk daun, guna saiz 5. Dari segi harganya juga berlainan, mengikut ketebalan benang. Jenama yang biasa digunakan adalah DMC.

6. Pen fabrik


Pen ni gunanya untuk melakar corak di atas kain. Ada dua jenis pen, iaitu yang berasaskan air (water) dan udara (air).Jangan riso kalo conteng atas kain, dakwatnya boleh dipadam. Kalo water erasable pen tu, kena padam ngn air la. Kalo air erasable pen, kena udara jek dah padam. Anyway, mon lebih suka guna water erasable pen sebab corak yg dibuat tahan lama skit berbanding ngn air erasable pen...

7. Ram


Hah, yang ni gunanya untuk tegangkan kain yang nak disulam. Ram ada macam2 saiz..n ada yg dibuat dari kayu n ada dari plastik.

Panduan untuk saiz ram:-
Ram 14" = kusyen 16" x 16" (saiz standard kusyen)
Ram 12" = kusyen 14" x 14"
Ram 10" = kusyen 12" x 12" (Letak dalam kereta)
Ram 8" = kusyen 10" x 10" (letak dalam kereta)
Ram 6" = Mini kusyen (Bekas cincin0
Beg jerut
Penutup bekas kuih
Ada juga ram berbentuk bujur, saiznya 18". Sesuai untuk buat table runner.

8. Kain
Kain yang digunakan untuk sulam riben, adalah digalakkan kain yg orang guna untuk buat langsir dan sarung kusyen. sebabnya tektur kainnya kasar, dan senang skit nak cucuk jarum riben n nak tarik. Kalo boleh jgn carik kain yg agak tebal..sebab nanti sakit jari2 oooo....

So mon rasa tu jekla barang2 yg diperlukan untuk jahit RE. Kalo rasa x tau mana nak dapat barang2 ni... pi jek la kedai2 jual barang2 jahit, kedai kraftangan, jual barang perkahwinan..atau susah2...beli online jek... takyah kluar rumah..tunggu jek abang posmen anto barang kat pintu rumah. kat mana nak beli online? senang jek

pi masuk website forum wanita melayu.com (nak post forum, kena register dulu)
kat situ ada macam2 kedai...tapi kalo senang nak carik.. mon linkkan kedainya disini. ni kedai Pn. Ann.

RE - 1

Hari ni aku nak share berkenaan dengan RE atau sulam reben. Dulu aku tak tau jugak pasal RE ni..sehinggalah aku terjumpa blog sifu pasal RE ni..iaitu Pn. Ann atau Suzana Mustafa. Bila tengok hasil kerja tangan beliau...memang aku jatuh cinta terus la pada RE ni...

Tapi sampai skg, aku masih x berpeluang nak attend kelas dia... bilalah gamaknya yek..arap2 cuti sekolah ni dapatlah.... aku nak learn from basic sampai advance....
Selama ni aku blaja dari buku2 jek...

Anyway...walaupun blajar dari buku, dapatlah jugak aku pelan2 buat RE ni.. cuma maybe dari segi teknik ada yang tak tepat sebab aku cuma tengok gambar dari buku..maklumlah buku mana bleh bercakap...so aku more on try and error jek.

So kat sini aku just attach serba sedikit hasil kerja tgn aku yg x seberapa....

Basic straight sticth.. bunga zinnia...


Hasil projek aku yang pertama



Ni 1st time try kat baju kurung aku...



Yng ni plak.. aku beli kit diy dari Pn. Ann untuk buat sarung kusyen...


Satu lagik blog aku - "Ten Fingers"

Ni aku attach satu lagik blog aku...
Tapi yang ni x banyak isi..banyak merapu jek..so takde apa yg aku nak sedut or move dari sana ke sini....

Folk Art Lesson

Simple lesson to learn about folk art. You will find this is great. Just practice...practice and practice.

More from my "C.E" blog... Folk Art

Before this I have told you about folk art. This art very great for me.... I love so much. Also I have showed you about Donna Dewberry's books... so today, I'm also like to sharing this website that show mini video about one stroke technique by Donna Dewberry. Enjoy....

http://www.michaels.com/art/online/home
Michaels|Where Creativity Happens




This website not only teach you about folk art but also some other craft and art projects. So don't forget to go for it... you will not regret.

Rupa blog lama aku "Crafts Everywhere"

Lupa plak nak attach rupa blog aku ni. Semua entry aku dalam blog tu dah aku pindahkan ke sini. So blog "Crafts Everywhere" tu...aku nak kuburkan dia... habis cerita satu episod....

Copy lagik dari "Crafts Everywhere"

Hi...

Today I like to share about folk art painting. This craft is new to me. Suddenly I'm fall in love about this craft (just because I see Donna Dewberry's video). Do you know who is Donna Dewberry? She is "sifu" in folk art painting by using "one stroke" technique.

Here are some books from Donna Dewberry painting.







Awesome isn't it? Oneday, I'll try this. Oooo.. can't be wait.

Lagi dari "Crafts everywhere"

I also like to share this video. For those who like ribbon works so much, and also for the beginner like me... this video will help you a lot.

Lets together learn how to make a ribbon rose.
Enjoy....

Sedut dari blog aku "Crafts Everywhere"

Ni aku just copy apa yg penah aku pos pada blog aku "Crafts Everywhere"

Hari ni..aku just nak pindah semua pos aku dari blog2 aku yg x menjadi tu ke sini...

Hi again,

Today I like to share about this website. This site very useful for whom like diy projects so much! Lots of simple ideas that you can do by yourself. Let's explore....

http://www.curbly.com/
Curbly|DIY Design Community

Tambah sikit....

Sori...sori,

Tadi ingat nak titun, tiba2 terlintas plak nak tambah skit, tentang "what I like?" So kat blog aku ni, aku akan merapu semua tentang apa yang aku suka jek macam crafts, diy project, jahit jahit, lagu, drama, filem, kartun, games, n banyak la sebenarnya bende aku suka....ahaahaahaha....

Yang paling aku suka ialah craftworks! Sekarang ni, banyak craftworks macam scrap booking, ribbon embroidery, hand embroidery, folk art, beading, paper crafts, cards, rubber stamps and so on.
I love to try everything...but I didn't have much time to do it! Do you believe? ahahaha... Actually aku ni pemalas... (that's true fact!)

So, dalam blog ni, aku cubalah share apa yang aku dapat, aku tau, aku jumpa.. dgn korang. Kan ke sharing is caring!

Okla..cukup takat tu..aku dah menguap balik dah....nak titun semula...daaaa

Saturday, October 31, 2009

Aku merapu lagik...

Hai salam untuk semua....

Let me intoduce myself first, I'm a woman, anak kepada ayahanda dan bondaku,Md Ali n Salamatun Najat, a beloved wife for my husband; Afifi, ibu kepada anakanda2ku; Akmal n Anis, n also, I'm a primary teacher somewhere dekat area utara Semenanjung Malaysia.

Actually, I've tried so many time to build this blog..but most of them.. failed! Very frustrated! :( Sometime I have an idea but I don't know how to create it. I'm still new dalam dunia blog ni n banyak benda yg perlu belajar. Aku juga seperti korang semua suka mencuba apa saja peluang yang ada apabila terjumpa di internet.... but kadang2 kekangan masa menyebabkan kerja aku banyak terbengkalai... sudahnya...semua terkubur macam tu jek!

Aku suka membaca, memerhati, belajar apa yang aku tak tau dan jika aku suka dan berkenan suatu perkara, I'll try...until aku berjaya but mostlynya aku tersungkur laaa....huhuhukkk!

So,
Kali ni aku merapu lagik buat blog yang dah keberapa dah...tapi kali ni..semua yg ada di blog lama aku yg banyak sgt tu, aku masukkan di sini....merepek jek aku nih!

Blog ni aku buat takde spesifiknya..ikut suka aku apa aku nak tulis. Ada idea..aku tulis, takde idea..aku duk diam2....

Aku sebenarnya letih gile....dah tersengguk2 dah ni...
Oklah, cau cin cau dulu....gud nite!