Sunday, November 1, 2009

Bahan nak buat RE

Untuk buat RE..tak banyak bende diperlukan. yang penting riben la...

so kat sini, mon tayang apa dia bahan2 yang diperlukan untuk jahit RE.

1. Jarum


Ada 2 jenis jarum iaitu Tapestry dan Chinelle. Jarum ni ada mcm2 size. Makin lebar riben, maka makin kecil nombornya. Standard pakai..saiz 20 - saiz 13.
Satu lagik jarum yang diperlukan ialah jarum untuk sulam benang...saiznya kalo tak silap..1-9.
Jarum riben ni lain..ujung matanya agak tumpul..x sama cam jarum benang n jarum
manik...
Kalo nak tau lebih lanjut pasal saiz jarum dan saiz riben yang sesuai boleh rujuk pada mana2 buku sulam riben yang ada di pasaran.

2. Riben
<

Riben ni plak ada macam2 jenis boleh pakai.. tapi yang biasa yang digunakan ialah silk ribbon sebab tekturnya yang lembut. Tapi yang biasa jual kat kedai2 craft tu, riben satin...ia agak keras skit. Boleh jugak guna organza ribbon, chiffon, polyester, dll.

Riben pun ada saiz2nya. Yang biasa...1/4", 1/2", 1", 1.5", 2", 2.5"

Daripada ilmu yang mon dapat masa attend kursus sulam riben dgn Pn. Ann,
* Untuk buat bunga carnation yang cantik, gabungkan riben organza dan satin.
* Dari segi brand, elakkan dari membeli brand "peacock" kerana warnanya mudah luntur. Digalakkan membeli brand "bunga riben" atau "offray"

3. Gunting


Gunakan gunting kecil yang tirus dan tajam dihujungnya.

4. Penebuk kain


Yang ni gunanya untuk tebuk lubang atas kain. Kalo kain agak tebal skit...bolehla gunakan penebuk ni untuk buat lubang supaya senang nak tarik riben...

5. Benang sulam


Yang ni guna untuk jahit ranting/daun. Benang sulam juga ada sai2nya. Lagi kecil nombor, lagi halus. Berdasarkan maklumat dari Pn. Ann, untuk buat bunga ros bullion, elok guna saiz 3. Untuk daun, guna saiz 5. Dari segi harganya juga berlainan, mengikut ketebalan benang. Jenama yang biasa digunakan adalah DMC.

6. Pen fabrik


Pen ni gunanya untuk melakar corak di atas kain. Ada dua jenis pen, iaitu yang berasaskan air (water) dan udara (air).Jangan riso kalo conteng atas kain, dakwatnya boleh dipadam. Kalo water erasable pen tu, kena padam ngn air la. Kalo air erasable pen, kena udara jek dah padam. Anyway, mon lebih suka guna water erasable pen sebab corak yg dibuat tahan lama skit berbanding ngn air erasable pen...

7. Ram


Hah, yang ni gunanya untuk tegangkan kain yang nak disulam. Ram ada macam2 saiz..n ada yg dibuat dari kayu n ada dari plastik.

Panduan untuk saiz ram:-
Ram 14" = kusyen 16" x 16" (saiz standard kusyen)
Ram 12" = kusyen 14" x 14"
Ram 10" = kusyen 12" x 12" (Letak dalam kereta)
Ram 8" = kusyen 10" x 10" (letak dalam kereta)
Ram 6" = Mini kusyen (Bekas cincin0
Beg jerut
Penutup bekas kuih
Ada juga ram berbentuk bujur, saiznya 18". Sesuai untuk buat table runner.

8. Kain
Kain yang digunakan untuk sulam riben, adalah digalakkan kain yg orang guna untuk buat langsir dan sarung kusyen. sebabnya tektur kainnya kasar, dan senang skit nak cucuk jarum riben n nak tarik. Kalo boleh jgn carik kain yg agak tebal..sebab nanti sakit jari2 oooo....

So mon rasa tu jekla barang2 yg diperlukan untuk jahit RE. Kalo rasa x tau mana nak dapat barang2 ni... pi jek la kedai2 jual barang2 jahit, kedai kraftangan, jual barang perkahwinan..atau susah2...beli online jek... takyah kluar rumah..tunggu jek abang posmen anto barang kat pintu rumah. kat mana nak beli online? senang jek

pi masuk website forum wanita melayu.com (nak post forum, kena register dulu)
kat situ ada macam2 kedai...tapi kalo senang nak carik.. mon linkkan kedainya disini. ni kedai Pn. Ann.

0 comments:

Post a Comment